12-08-08.....Antara jam 9.00 am - 3.00 pm. Rumah aku kena pecah dgn kawaq. Masa wife aku balik daripada ambik anak-anak dari sekolah, dia rasa something amiss when she enter the house. Tengok langsir terselak "lain macam" saja. Rumah berkecamuk sikit kat hall. Wife aku ingat aku balik awai dan buat semak then keluar balik. So dia buat tak kisah la. Then masa dia naik kat atas nak mandi, tgk2 kain baju dah bersepah atas lantai. Wife aku rasa tak sedap hati dah. Then dia check bekas barang kemas yg ada kat hanging rack,...LESAP! POCHIK! LIAU!.....Dalam bekas tu tak banyak la barang kemas....Ada la dalam nilai RM4K kot, yg lain2 tu ada kat tempat "rahsia" (yg ni selamat). Then wife aku call aku kat ofis habaq kata rumah kena pecah masuk. Aku pun tanya la, apa yg hilang. Wife aku jawab..."Barang mas". Duit confirm tak hilang sebab duit tak simpan dlm rumah. Duit syiling ada la.....
Then aku tanya lagi..."Camera hilang dak?" (panik jugak aku...hehehe). "Camera ada! selamat dalam dry-box" ...Fuhhhhh.....lega. Kalau hilang, confirm aku pencen terus dari main camera. Tak mampu dah nak beli lain. Lepas tu aku terus balik awai, pi settle police report & tunggu CSI SP mai ambik gambaq. Hmmmmm...........Nak buat mcm mana, rumah tak dak grill....Petang tu jugak aku call memba aku tukang besi mai ukuq buat grill...........Kira2 harga, terus order!
Moral of the story: Sebelum masuk rumah baru, pasang grill awal2.............Bukan mcm aku dah duduk berkurun tunggu penyangak pecah masuk baru nak buat grill.........
p/s: Alasan aku tak bubuh grill dulu sebab rumah nampak hodoh bila ada grill...nampak mcm penjara pun ada.......
Terima kasih pada Silmi, Apit Pesona, Scharewl, EddyMohd dan lain-lain kerana bertanya khabar......